Assalamualaikum dari General Faiz Ibrahim. rasanya agak lama aku tidak menulis di sini. mungkin sibuk dengan assignment sana sini, project sana sini telah menyebabkan aku semakin jauh dalam bidang penulisan. tapi tape, untuk tidak menghampakan kalian semua. aku kembali lagi menulis walaupun aku rasa sebenarnya tiadalah ramai mana pun yang membaca penulisan aku di blog ini. kuikuikui. hari ini ingin aku khabarkan mengenai mimpi. secara terus terang, aku bukanlah jenis manusia yang akan ingat apa yang aku mimpikan, tapi bila aku ingat sesuatu mimpi itu. sampai bila-bila aku akan ingat. menurut kajian, perasaan kita dan apa yang kita lakukan dalam mimpi adalah diri kita yang sebenarnya. mari aku nyatakan mimpi-mimpi yang aku ingat setakat ini. mimpi mungkin jadi mainan minda atau satu mesej.
File Mimpi 001
Seingat aku ketika ini, aku baru kehilangan abah. ketika ini aku dalam sangat emosi. emosi tidak stabil. perasaan kacau bilau. dan akhirnya aku termimpikan perkara ini. dalam mimpi itu, selepas kehilangan abah, aku pula kehilangan mak. aku rasa sangat tidak kuat ketika itu. perasaan aku sangat sakit. bayangkan setelah kehilangan seorang, aku kehilangan seorang lagi. aku nampak mereka berdua memandang aku sambil tersenyum dengan cahaya dibelakang. dan seperti meminta aku menjadi kuat. aku menangis tersedu-sedu ketika itu. aku sampai berkata "kenapa semua orang tinggalkan faiz ni, faiz nak hidup dengan siapa lepas ni?". tapi alhamdulillah, selepas aku bangun. aku lantas mencari mak aku. dan alhamdulillah mak masih ada. terima kasih Allah kerana masih pinjamkan emak buat aku. terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk menjadi seorang anak dan ada tempat berteduh ketika dipanas hari.
File Mimpi 002
Dalam mimpi ini aku seperti ada peluang untuk kembali ke waktu lampau. dan aku kembali tepat di waktu abah berada di dalam hospital. dan aku tahu perkara yang bakal terjadi dan aku cuba sedaya upaya untuk selamatkan abah ketika itu. ketika itu abah hanya berada di atas katil sambil tersenyum melihat gelagat aku. hanya tersenyum. dan aku sorongkan katil abah untuk berjumpa dengan doktor. aku diberi masa. dan semasa aku sorongkan katil itu, aku berkata "abah jangan risau, faiz akan selamatkan abah, abah akan sihat selepas ini". aku suka sangat ketika itu. mana bisa aku tidak gembira, aku tahu apa yang bakal terjadi dan aku diberi mandat untuk dapat perbetulkan sejarah. aku cuba mengubah takdir kononnya.
Banyak yang aku lalui semasa sorongkan katil abah itu. macam-macam benda berada di lorong hospital yang menyebab aku terpaksa mencari idea untuk lepas halangan yang mendatang. akhirnya aku hampir ingin sampai ke bilik doktor. niatnya adalah untuk aku memberitahu doktor segala penyakit dan cara mengubati penyakit sebelum ianya merebak. aku menolak katil itu dengan sepenuh hati aku. sehingga dalam mimpi aku mengah. sangat mengah dan tangan mengeletar akibat terlampau berat katil itu. tapi aku gagahkan diri juga. akhirnya aku sudah sampai dihadapan pintu bilik doktor. aku berkata abah "abah, lepas ni abah akan sihat, faiz akan tolong abah". abah tersenyum melihat aku yang dalam keadaan mengah. abah memegang tangan aku dan mengelengkan kepala. seperti memberitahu aku yang "sudah-sudahlah". aku terduduk dan menangis. "maaf, kalau faiz dah hampakan abah", "maaf tak dapat bantu abah". itu perkataan yang keluar dari mulut aku.
aku berdegil. aku terus buka pintu bilik doktor. akhirnya aku terjaga. dan aku bangun tidur dalam keadaan sangat mengah. seperti tiada cukup nafas. sangat penat. dan itulah kali pertama mata aku dibasahi dengan bekas tangisan air mata. aku hampa kerana aku rasa aku gagal.
File Mimpi 003
Ada seorang perempuan yang aku tidak kenal. aku seperti kenal dengannya sudah lama. mukanya memang mengikut cita rasa aku. aku memeluknya dan rasa ketenangan, dan seterusnya _________. The End. ending sangat mencabar tapi menyeronokkan. LOL
File Mimpi 004
Mimpi yang paling ngeri dalam hidup aku. baru-baru ini rasanya. ada satu perempuan. asalnya muka memang sangat cantik. aku tengah baring dikatil ketika itu. aku ingatkan endingnya adalah seperti File Mimpi 003, jadi aku biarkan sahajalah. rupanya aku silap. perempuan itu terus melompat ke atas badan aku dan menghempap aku. aku tidak boleh berkata apa-apa. aku tidak boleh langsung bergerak. mata aku melihat mukanya. suara aku tersekat-sekat. dengan suara yang tersekak-sekat itu aku terfikir ayat kursi. see, tengah mimpi pun masih ingat senjata utama. aku baca ayat kursi dalam keadaan tersekat-sekat. perempuan yang cantik tadi terus berubah muka jadi mukanya yang sangat creepy. dia suka melihat aku merangkak-rangkak baca dan berulang-ulang kali baca akibat bacaan yang salah disebabkan suara tersekat-sekat. akhirnya aku habis membaca dan dia terus hilang. dan aku terus melompat dari katil dan terus mengeluarkan bunyi "arrghhhhh". itu makannya bila tidur lepas subuh. sampai sekarang aku tidak tahu, sama ada aku betul-betul dihempap ataupun ianya mimpi. adakalanya rasa macam betul, adakalanya macam mimpi. which one ? -___-
sebenarnya banyak lagi mimpi yang aku ingin ceritakan tapi secara tiba-tiba fikiran aku jadi kosong pula. nanti kalau aku sudah ingat, aku akan buat bahagian kedua. sebenarnya kalau kita baca doa sebelum tidur, insyallah kita tidak akan mendapat mimpi ngeri dan yang kurang enak itu semua. seperti mak aku. setiap kali sebelum tidur, baca doa. tidur tenang dan siap boleh bangun dengan mudah. sangat cool kan? aku bukan taknak baca doa cuma kekadang bila sudah ngantok aku tidak terlarat. teruk sungguh aku. dan apabila aku dalam keadaan mengantok mak akan cakap "kau jangan lupa baca ayat kursi 7x, 4 qul dan Al-Fatihah 7x dan beberapa zikir lagi yang nilai beratus". itu amalan mak aku sebelum tidur. how cool is she kan ? aku pelik macamana mak boleh buat. aku baca ayat kursi sekali dah terus bammmmm tidur. teruknya aku, patutlah mimpi kena hempap je dan genre-genre File Mimpi 003 je. blushing kita. hahaha